Dibenci di Man. United, bersinar di Perancis

Dibenci di Man. United, bersinar di Perancis

Dibenci di Man. United, bersinar di Perancis
GREENWOOD menjadi pemain pertama Marseille meledak tiga gol daripada dua aksi sejak Payet melakukannya pada 2013. – AFP

MARSEILLE – Penyerang buangan Manchester United, Mason Greenwood terus mencipta impak hebat di bumi Perancis apabila kali ini menyelamatkan maruah pasukannya dengan gol penyamaan 2-2 ke atas Reims pada aksi Ligue 1 awal pagi tadi.

Greenwood, 22, seakan kembali menikmati permainan terbaiknya sejak berhijrah secara tetap dengan yuran perpindahan bernilai €31.6 juta (RM153.60 juta) menerusi kontrak lima tahun daripada United awal bulan lalu.

Apa tidaknya, bekas bintang muda England itu kini sudah meledak tiga gol daripada dua perlawanan Ligue 1 selepas merakam dua jaringan ketika membelasah Stade Brestois dalam aksi pembukaan liga minggu lalu.



Ia sekali gus menyaksikan Greenwood yang kini bersedia menukar kerakyatan England kepada Jamaica, menjadi pemain Marseille pertama menjaringkan tiga gol dalam dua aksi sejak Dimitri Payet melakukannya pada 2013.

Begitupun, kecemerlangan prestasi Greenwood masih tidak menggembirakan jurulatih Marseille, Roberto De Zerbi yang mengakui kecewa kerana mereka gagal meraih tiga mata dalam aksi itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?




“Sangat kecewa dan terkilan dengan keputusan ini. Saya minta maaf kerana sepatutnya kami membawa pulang tiga mata daripada aksi pertama di Stade Velodrome ini.

“Saya memikul tanggungjawab ini kerana saya merasakan kami telah mengecewakan para penyokong yang hadir menyaksikan aksi di laman sendiri,” kata De Zerbi.

Marseille kini menduduki tangga kelima dan berpeluang memperbaiki kedudukan itu apabila bertandang ke Toulouse untuk aksi ketiga pada Ahad ini. – AGENSI

Dibenci di Man. United, bersinar di Perancis




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button