Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030
Putrajaya: Nilai eksport durian diunjur terus meningkat kepada RM1.8 bilion menjelang 2030, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Dalam kenyataan semalam, kementerian itu berkata, prestasi eksport durian negara dalam tempoh lima tahun iaitu 2018 hingga 2022 juga menggalakkan dengan nilai eksportnya melonjak 256.3 peratus atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta.
Pada 2022, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilai RM1.14 bilion yang juga tertinggi dalam sejarah.
Durian juga secara keseluruhan adalah penyumbang utama atau 58.6 peratus kepada nilai eksport buah-buahan negara pada 2022 daripada nilai keseluruhan RM2.01 bilion.
“China adalah pasaran eksport utama buah durian Malaysia dengan nilai eksport RM887 juta pada 2022 iaitu tertinggi dalam sejarah pengeksportan durian ke negara itu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah
- Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16
- Landskap politik Melayu sudah berubah, kini muncul politik Toksid”- Muhamad Hasan
Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?
Penghantaran durian segar pertama Malaysia ke China, Sabtu lalu, kata KPKM, juga selamat tiba Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, semalam.
Pengeksportan pertama durian segar itu adalah hasil daripada Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar Dari Malaysia ke Republik Rakyat China yang dimeterai pada 19 Jun lepas.
“Tambahan akses durian segar ini memberi peluang kepada usahawan tempatan bagi meneroka pasaran di China, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka memandangkan sebelum ini hanya durian sejuk beku sahaja dibenarkan dieksport,” katanya.
Penerimaan buah durian segar pertama ke China itu disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, bersama-sama Timbalan Gabenor Wilayah Henan, Sun Shougang dan Pengurus Besar Zhongyu Aviation Group, Liu Jianmin di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou.
Durian segar itu diedarkan oleh 10 syarikat pengimport menerusi outlet peruncitan di enam wilayah iaitu Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Nanning.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
- Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan