F1: Sargeant selisih ajal di Zandvoort

F1: Sargeant selisih ajal di Zandvoort

F1: Sargeant selisih ajal di Zandvoort
JENTERA Sargeant mengalami kerosakan teruk dan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi latihan ketiga pada GP Belanda kelmarin. – AFP

ZANDVOORT, Belanda – Pelumba Amerika Syarikat, Logan Sargeant terselamat dari kemalangan ngeri selepas jentera Williams yang dipacunya itu hilang kawalan sebelum melanggar penghadang pada sesi latihan ketiga Grand Prix (GP) Belanda hingga menyebabkan kereta yang dipandunya itu terbakar.

Pada aksi yang berlangsung dalam keadaan hujan tersebut, Sargeant yang memacu jentera FW46 didapati melakukan kesilapan kecil apabila tayar hadapannya menyentuh rumput ketika memecut laju di selekoh ketiga di Litar Zandvoort.

Disebabkan itu, Sergeant gagal mengawal jentera sebelum merempuh penghadang jalan dan berpusing dan terbakar.



Pelumba berusia 23 tahun itu bernasib baik apabila segera melompat keluar dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kerosakan teruk pada jentera menyebabkan Sargeant tidak menyertai sesi kelayakan.

“Jelas sekali ia adalah disebabkan kesilapan kecil dengan akibat yang besar, hanya menyentuh rumput, dan itu sahaja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?




“Kemalangan yang agar teruk tetapi saya dalam keadaan baik. Banyak yang perlu diperbaiki pada jentera dan semua orang bekerja keras ketika ini,” katanya.

F1: Sargeant selisih ajal di Zandvoort

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button