Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD

Oleh Adam Malik

Kes Muhyiddin adalah sebuah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD

Pagi ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadapkan ke mahkamah di Gua Musang atas pertuduhan menghina Yang diPertuan Agong.



Perbuatan yang ditonton oleh jutaan orang melalui siaran video dimana dalam ucapan nya pada kempen pilihanraya DUN Nenggiri TSMY telah memetik nama mantan YDPA dalam nada menyindir dan memperlekehkan tugasan YDPA.

Maka atas sebab itu puluhan aduan dan laporan Polis telah dibuat terhadap TSMY oleh pelbagai pihak.

Turut membuat laporan Polis adalah pihak Istana Pahang sendiri.

Apa yang boleh dilihat ada lah cubaan pihak penyokong TSMY cuba mengalih isu menghina Uli Amri kepada isu SD.



Mereka bersorak gembira konon nya TSMY telah menyerah SD kepada Polis lalu menganggap nya sebagai bukti.

Sedangkan kes bukan berkenaan SD atau jumlah nya, tetapi berkenaan penghinaan TSMY terhadap mantan YDPA.

Ramai rakyat mudah terpedaya dengan permainan oleh jentera Perikatan Nasional.

Mereka cuba alih kisah pemimpin mereka yang biadap kepada isu SD.



Jika berkenaan SD pun tidak betul juga kerana SD sudah tidak laku semenjak wujud RUU lompat parti.

Pihak Istana mahu surat dari Ketua gabungan dan bukan SD.

Hatta, apa yang ditunjuk oleh TSMY ditolak oleh Istana walaupun jentera Muhyiddin bangga konon nya TSMY telah lebih awal mempersembahkan SD.

Tambah lagi ketika SD dipersembahkan oleh TSMY ia terkandung jumlah 10 individu yang tandatangan mereka bertindih yang sudah pun menandatangan mengikat diri dengan gabungan lain.



Mereka yang 10 ini berjanji akan akur apa apa keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional .

Mereka turut tandatangan membayar RM100 juta jika engkar.

Maka , walaupun TSMY dikatakan “submit” lebih awal adalah sebab mahu ambil peluang sebelum pihak lain bertindak bila menyedari 10 MP mereka telah diselitkan pada jumlah SD Dibawa oleh TSMY.

Apapun pihak Istana menolak SD TSMY berkemungkinan tidak mahu selepas lantik kerajaan ada pula masalah legal dan saman.



Kembali kepada topik kita, TSMY tidak habis habis dengan kemaruk nya mahu jadi Perdana Menteri kerana mahu tutup banyak penyelewengan terang terangan ketika menjadi PM 17 bulan.

Ia dilakukan kerana begitu yakin akan menjadi kerajaan selepas PRU 15.
Kini terpaksa lah jentera TSMY mengalihkan isu TSMY menghina YDPA kepada isu SD untuk membuat gambaran konon nya TSMY tidak bersalah dan menjadi mangsa.

Itu lah sebenar tujuan naratif SD dimainkan oleh jentera Muhyiddin.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button