Lelaki tidak dibenarkan pakai cincin di hidung

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki tidak dibenarkan pakai cincin di hidung

Tidak dibenarkan bagi golongan lelaki untuk memakai cincin sebagai perhiasan di hidung kerana ia menyerupai kaum wanita.



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Islam melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita, mahupun sebaliknya.

“Ini kerana pemakaian perhiasan di hidung tidak kira berbentuk seperti cincin dan seumpamanya, merupakan gaya yang khusus bagi golongan wanita sejak zaman berzaman lagi.

“Kami tidak mengetahui pemakaian cincin di hidung pernah menjadi perhiasan bagi golongan lelaki mengikut uruf dan adat setempat negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi soal jawab agama pada aplikasi Alinarah berhubung soalan pengirim sama ada boleh bagi lelaki memakai cincin di hidungnya sebagai perhiasan.



Pengirim tersebut bertanyakan soalan itu selepas dia terbaca berkenaan seorang artis lelaki memakai cincin di hidungnya dan cincin dipakai itu hanyalah ‘septum ring’ palsu kerana ingin berfesyen dan menggayakan gaya baharu.

Zulkifli berkata, pemakaian cincin di hidung khususnya di negara ini sering kali dikaitkan dengan budaya tidak baik atau dikenali sebagai pemakaian oleh orang-orang fasik dan jahat.

“Sedangkan umat Islam diperintahkan supaya berpegang dengan prinsip tidak melakukan sesuatu perbuatan menyerupai orang kafir atau orang fasik pada sesuatu yang kita dilarang melakukannya.

“Lantaran itu, kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan amalan dan tradisi dalam agama mereka,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button