Ninja Van Malaysia, UPS jalin kerjasama

Ninja Van Malaysia, UPS jalin kerjasama

Ninja Van Malaysia, UPS jalin kerjasama

Kuala Lumpur: Ninja Van Malaysia menjalin kerjasama dengan syarikat pengangkutan dan pengurusan rantaian bekalan global terkemuka, UPS sekali gus menjadikannya sebagai penjual sah bagi produk UPS yang tertentu di Malaysia melalui perkhidmatan runcitnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Lin Zheng berkata, melalui kerjasama itu, pelanggan di Malaysia kini boleh mengakses perkhidmatan Worldwide Express dan Express Saver UPS di setiap 52 cawangan milik Ninja Van Malaysia di seluruh Lembah Klang.



Katanya, pelanggan juga boleh mencari lokasi Ninja Van terdekat melalui pencari lokasi drop-off UPS di ups.com.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan UPS dan membawa perkhidmatan penghantaran global mereka ke kedai kami.

“Melalui kerjasama ini, kami nekad menawarkan kemudahan dan capaian lebih besar bagi perniagaan dan pelanggan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?




“Kami percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan meningkatkan portfolio perkhidmatan kami, tetapi juga mengukuhkan dedikasi kami dalam memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah melalui penyelesaian penghantaran yang cekap dan boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada komitmen Ninja Van Malaysia untuk menyediakan penghantaran bungkusan hujung ke hujung yang lancar, syarikat itu sudah melabur dalam 5,500 titik pengambilan dan penghantaran di seluruh negara.

Katanya, perkhidmatan yang tersedia termasuk penghantaran, pengumpulan dan pemulangan bungkusan, serta pembelian Ninja Pack prabayar.



Beliau berkata, dengan integrasi perkhidmatan UPS, pengguna juga dapat memproses bungkusan domestik dan antarabangsa secara serentak.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kanan UPS Malaysia, Ingrid Sidiadinoto berkata, usaha sama ini sangat menarik kerana memberikan perniagaan di Malaysia akses yang lebih cepat dan mudah kepada rangkaian penghantaran global UPS.

Ninja Van Malaysia, UPS jalin kerjasama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button