Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan

UMNPerjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan

Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan

 

Ramai yang marah dengan penulis bila artikel Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik? disiarkan.

Ada yang memberikan komen kononnya penulis menuduh pemimpin UMNO ibarat kacang lupakan kulit.



Penulis tidak salahkan mereka.

Apa yang penulis tulis sebenarnya adalah sebagai wake up call kepada semua pemimpin dan akar umbi UMNO.

Penulis bukan ahli UMNO atau pun ahli mana-mana parti politik.

Tulisan penulis adalah berdasarkan dari apa yang dilihat dari luar sesuatu parti politik.



Sebagaimana yang dinyatakan dalam artikel Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?, penulis mengakui ada beberapa usaha telah dilakukan oleh UMNO.

Tetapi persoalannya, apakah usaha tersebut memberikan pulangan yang diharapkan.

Sudah tentu jawapannya tidak, kerana DS Najib sehingga ke saat ini masih lagi terkurung sepi di belakang jeriji besi.

Sekiranya pemimpin UMNO benar-benar mahu perjuangkan keadilan untuk DS Najib, beberapa tindakan mesti dilakukan.



Pengesahan Titah Adendum YDP Agong

Sehingga kini kerajaan tidak pernah menafi kewujudan titah adendum tersebut.

Manakala pihak Istana Pahang dan Istana Negara pula tidak pernah mengeluarkan kenyataan titah adendum tidak wujud dan hanya fitnah.

Mengapa tidak pemimpin UMNO hantar beberapa wakil ke Istana Pahang untuk mendapatkan pengesahan dari Sultan Pahang yang merupakan YDP Agong ketika itu?

Sekiranya pihak Istana Pahang mengesahkan kewujudan titah adendum, maka UMNO mesti mendesak kerajaan untuk mematuhinya.



Mendesak Peguam Negara Supaya Memfailkan Semakan Kehakiman Sekali Lagi Atas Sabitan Kes SRC

  • Hakim asal kes tersebut telah ditukar tanpa alasan setelah perbicaraan kes bermula.
  • Lebih mencurigakan ianya dari hakim berpengalaman kepada hakim yang langsung tiada pengalaman jenayah.
  • Paling menimbulkan persoalan adalah kes paling berprofil tinggi negara dihakimi oleh hakim yang paling tidak berpengalaman.
  • DS Najib juga telah dinafikan banyak bukti-bukti di dalam perbicaraan kes SRC.
  • Bukti-bukti serta pengakuan hanya terkeluar selepas kes SRC berakhir.
  • Asas ketidakadilan ini disokong oleh hakim kedua paling kanan Malaysia iaitu hakim besar Sabah dan Sarawak.
  • Beliau memutuskan bahawa ketidakadilan besar telah menimpa DS Najib.
  • Beliau membuat untuk melepas dan membebaskan DS Najib dari sabitan kes SRC RM42 juta.

Mendesak Jabatan Peguam Negara Supaya Menerima Surat Representasi DS Najib Dalam Kes IPIC Dan SRC 2.0

  • Kedua kes ini tidak pernah dibicara selama 6 tahun sejak DS Najib didakwa.
  • Malah ianya ditangguh berpuluh kali oleh pihak pendakwaan.
  • Pejabat peguam negara juga patut mengakui atau menafikan memo dalaman yang terbongkar berkenaan kes IPIC.
  • Sekiranya wujud memo tersebut, maka kes IPIC mesti digugurkan.
  • Kes SRC 2.0 yang langsung tiada dakwaan predikat pula merupakan kes sama dengan kes SRC RM42 juta.
  • Mendakwa DS Najib sekali lagi melanggar prinsip undang-undang bahawa seorang tidak boleh didakwa dua kali untuk kesalahan yang sama.

UMNO Mesti Mendesak LHDN Supaya Menarik Balik Tuntutan Cukai RM1.7 Bilion

  • Ianya adalah tuntutan tidak sah.
  • Ia juga merupakan bukti percubaan kerajaan terdahulu telah salah guna undang-undang yang menghalang seorang pembayar cukai untuk pertikaikan taksiran tidak patut dan tidak sah.
  • Buka fail tuntutan ke atas DS Najib kepada orang awam.
  • Agar mereka faham kenapa wang RM2.6b yang dimasukkan dari luar negara boleh dikira sebagai pendapatan peribadi.
  • Dan dana sama yang dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian boleh pula dikira sebagai perbelanjaan DS Najib.

UMNO dan kerajaan Madani perlu faham, meneruskan ketidakadilan kekejaman adalah bermaksud sama bersubahat dalam ketidakadilan dan kezaliman.

 

Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button