PRK DUN Mahkota: Tiada perebutan antara Pemuda, Wanita UMNO
Oleh – Syeikh Baran
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi nafi terdapat perebutan dalaman berhubung calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebaliknya berkata, keputusan akhir akan dibuat dirinya selaku kepimpinan tertinggi parti dan gabungan tersebut.
“Tiada perebutan calon (antara Pemuda dan Wanita UMNO), (sebaliknya) yang menentukan adalah pengerusi BN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana, di sini hari ini.
Tambah Ahmad Zahid, BN menyasarkan untuk memenangi PRK DUN Mahkota dengan mempertahan majoriti diperolehi penyandangnya sebelum ini iaitu Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
Sumber – KOSMO! ONLINE