Siapa 2 angkasawan yang terkandas di angkasa lepas?

Siapa 2 angkasawan yang terkandas di angkasa lepas?

Siapa 2 angkasawan yang terkandas di angkasa lepas?
BARRY Wilmore (kiri) dan Sunita Williams. FOTO Nasa / AFP

Washington: Dua angkasawan veteran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) dengan gabungan 500 hari penerbangan angkasa lepas adalah kru pertama yang diterbangkan ke angkasa lepas dengan kapal angkasa buatan Boeing iaitu Starliner.

Penerbangan ujian berlepas dari tapak pelepasan di Florida, Amerika Syarikat (AS), pada 5 Jun lalu.

Mereka dijadualkan pulang ke bumi dalam tempoh lapan hari. Namun, kedua-duanya, Barry ‘Butch’ Wilmore dan Sunita ‘Suni’ Williams, tidak akan kembali ke Bumi sehingga awal tahun depan. Mereka juga akan menaiki kapal angkasa buatan SpaceX, untuk perjalanan pulang.



Nasa menganggap masalah dengan sistem pendorong Starliner terlalu berisiko untuk membawa pulang kru terbabit dengan kapal pertama buatan Boeing itu.

Starliner mengalami kebocoran dan beberapa pendorongnya gagal, jadi misi dua angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) itu dilanjutkan beberapa bulan.

Berikut profil ringkas kedua angkasawan berkenaan:

Barry ‘Butch’ Wilmore

Wilmore, 61, seorang pesara kapten Tentera Laut AS menyelesaikan empat operasi pelancaran jet pejuang dari kapal pengangkut pesawat, termasuk 21 misi tempur semasa Perang Teluk pertama pada 1990-an.



Beliau juga berkhidmat sebagai juruterbang ujian untuk Tentera Laut AS dan pengajar penerbangan sebelum menyertai kor angkasawan Nasa pada 2000.

Lelaki itu pertama kali terbang ke ISS sebagai juruterbang pesawat ulang-alik Nasa pada 2009, dan kembali ke situ pada 2014.

Sebelum misi terbaru dengan Starliner, Wilmore merekodkan 178 hari di angkasa lepas dan pernah menyelesaikan empatĀ spacewalk.

Sunita ‘Suni’ Williams

Williams, 58, adalah bekas juruterbang helikopter Tentera Laut AS yang berpengalaman menerbangkan lebih 30 pesawat.



Beliau ditempatkan sebagai sebahagian daripada skuadron sokongan tempur helikopter semasa Perang Teluk pertama.

Seperti Wilmore, Williams pertama kali ke ISS dengan menaiki pesawat ulang-alik dan kembali ke bumi sebagai penumpang kapal angkasa Soyuz, bersama-sama dua angkasawan lain.

Kedua-dua lawatannya ke ISS, iaitu kali pertama antara 2006 hingga 2007, dan pada 2012, adalah ekspedisi sains jangka panjang.

Williams mencipta rekod dunia untuk paling banyak masa dihabiskan oleh seorang wanita di orbit, di luar kapal angkasa, dengan merekodkan 50 jam dan 40 minit ketika melakukan tujuh spacewalk.



Rekodnya sejak itu diatasi oleh rakan angkasawan Peggy Whitson.

Semasa misi ISS keduanya pada 2012, Williams menjadi wanita kedua yang dilantik sebagai komander stesen.

Sebelum misi terbaru ini, Williams menghabiskan masa selama 322 hari di angkasa lepas.

Siapa 2 angkasawan yang terkandas di angkasa lepas?

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button