Wanita dakwa jadi mandul selepas prosedur sedut lemak
Wanita dakwa jadi mandul selepas prosedur sedut lemak
Beijing: Seorang wanita muda di China menjadi mandul selama-lamanya selepas menjalani prosedur sedut lemak atau liposuction kerana menganggap dirinya terlalu gemuk.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, wanita berusia 25 tahun bernama Mei, yang mempunyai berat 50 kilogram (kg) dan ketinggian 1.65 meter, menjalani prosedur itu di Hospital Shulan Hangzhou di wilayah Zhejiang, timur China, lapor Hangzhou City Express pada 14 Ogos lalu.
Zhong Chao, seorang doktor dari bahagian perubatan reproduktif di hospital berkata, Mei memberitahu sudah mencuba cara lain untuk menghilangkan lemak di perutnya tetapi gagal.
Zhong berkata, Mei memilih prosedur sedut lemak kerana terlalu inginkan kesempurnaan tanpa mahu mempunyai sedikitpun lemak pada perutnya.
Malangnya, kitaran haid wanita itu dipercayai terhenti selepas pembedahan dan Zhong mendapati bahawa ovari Mei mengalami kemerosotan dan dia kehilangan kesuburannya secara kekal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah
- Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16
- Landskap politik Melayu sudah berubah, kini muncul politik Toksid”- Muhamad Hasan
Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?
Zhong berkata, walaupun obesiti sering dikaitkan dengan ketidaksuburan, berat badan yang rendah pada wanita juga boleh menjadi punca keadaan itu.
Katanya, penurunan mendadak dalam lemak badan membawa kepada penurunan tahap estrogen, hormon wanita, dan menyebabkan disfungsi ovari.
Doktor di Hospital Shenzhen Universiti Peking, Chen Shihong berkata, lemak pada perut adalah normal bagi wanita kerana ia melindungi rahim dan ovari.
Chen mengkritik cabaran internet seperti “pinggang kerengga”, “kaki penyepit”, “muka tapak tangan” yang menggalakkan badan kurus sebagai cantik tanpa mengira individu menimbulkan kebimbangan dalam penampilan.
“Adalah lebih penting untuk kekal sihat daripada kurus,” tulis seorang di Weibo.
“Senaman adalah kawan baik anda jika anda ingin menurunkan berat badan,” tulis seorang lagi.
Tiada jalan singkat untuk menurunkan berat badan,” tulis seorang netizen.
Difahamkan, itu bukan kali pertama prosedur pembedahan kosmetik yang dijalankan di China mempunyai kesan negatif yang sangat serius.
Wanita dakwa jadi mandul selepas prosedur sedut lemak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
- Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :