Wanita raikan hari jadi ke-102 dengan lakukan terjunan udara

Wanita raikan hari jadi ke-102 dengan lakukan terjunan udara

Wanita raikan hari jadi ke-102 dengan lakukan terjunan udara
MANETTE Baillie melakukan misi berkenaan bagi mengumpul wang untuk disumbangkan kepada tiga pertubuhan. FOTO Agensi

London: Seorang wanita merealisasikan impiannya untuk membuat terjunan udara dari pesawat sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-102.

Portal Sky News melaporkan, Manette Baillie, dari Suffolk, melakukan misi berkenaan bagi mengumpul wang untuk disumbangkan kepada tiga pertubuhan iaitu Ambulans Udara Anglian Timur, Persatuan Penyakit Neuron Motor dan Benhall Village Hall.

Setakat ini, dia berjaya mengumpul 9,000 pound sterling (kira-kira RM51,539) berbanding sasaran 30,000 pound sterling (kira-kira RM171,792).



“Apabila pintu (pesawat) dibuka, saya fikir, tiada apa lagi yang boleh saya lakukan atau katakan. Terjun sahaja.”Saya ingat kaki saya terkeluar dan (pandangan) agak kabur. Saya menutup mata saya.

“Kami nampaknya bergerak dengan kelajuan yang sangat pantas,” kata Baillie selepas melakukan terjunannya.

Ahli komuniti tempatan di tempat tinggal Baillie sejak 1961, berada di lapangan terbang Suffolk untuk menyambut Baillie, ketika wanita itu melakukan pendaratan.

Baillie sebelum ini meraikan ulang tahun kelahiran ke-100 dengan memandu kereta lumba Ferrari pada kelajuan 130 batu sejam (kira-kira 209 kilometer sejam) di litar lumba Silverstone.



Wanita raikan hari jadi ke-102 dengan lakukan terjunan udara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button