Buat apa bayar mahal, peniaga jual durian RM5 sebiji, isi cantik

Oleh – Syeikh Baran


Buat apa bayar mahal, peniaga jual durian RM5 sebiji, isi cantik

Peniaga jalanan menjual durian di kaki-kaki  lima sekitar  Bandar Raya Ho Chi Minh pada harga cuma 30,000 dong (RM5.23) untuk buah seberat sekitar satu kilogram, lapor portal berita VnExpress semalam.



Awal minggu ini, di sebuah gerai di Jalan Nguyen Huu Canh, daerah Binh Thanh, seorang pelanggan dikenali sebagai Yen berkata, dia membeli dua biji durian selepas mendapati  harganya sangat rendah.

“Beberapa bulan lalu, buah ini berharga antara 150,000 dong (RM26.15) hingga 200,000 (RM34.86) sekilogram,” katanya.

Selepas makan di tempat jualan buah itu, katanya,  isi durian yang dibeli  manis, tidak keras dan wangi tetapi mempunyai biji besar.

Sementara itu, durian yang mempunyai isi lebih montok dijual pada harga lebih tinggi dan biasanya dipamerkan di bahagian berasingan.



Seorang penjual durian tempatan, Nguyen Van Linh berkata, tahun ini petani-petani telah membawa lebih banyak durian untuk dijual di pasaran, menyebabkan harganya lebih berpatutan.

Pengerusi Persatuan Durian Dak Lak, Vu Duc Con memberitahu,  harga durian  menurun sejak kebelakangan ini kerana bekalan meningkat semasa musim puncak buah itu.

Kebanyakan durian murah yang dijual di kaki-kaki  lima di Bandar Raya Ho Chi Minh adalah buah-buahan yang tidak memenuhi piawaian eksport, lapor akhbar Tuoi Tre. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button