Dua bekas bintang Arsenal senjata baharu
Dua bekas bintang Arsenal senjata baharu
LONDON – Pengkritik bola sepak England, Tim Sherwood percaya Alex Iwobi dan Emile Smith Rowe akan memberikan impak yang luar biasa bersama Fulham pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Sebagai rekod, dua bekas pemain Arsenal itu mempamerkan prestasi terbaik apabila masing-masing menjaringkan satu gol ketika membantu The Cottagers menewaskan Leicester City 2-0 pada Sabtu lalu.
Menurut Sherwood, formasi yang diterapkan oleh pengurus pasukan, Marco Silva cukup sesuai dengan peranan yang diberikan oleh Smith Rowe dan Iwobi.
“Saya sangat gembira menyaksikan dua bekas pemain akademi Arsenal seperti Iwobi dan Smith Rowe menyerlah pada perlawanan lepas. Mereka berdua dilihat cukup tajam dan berjaya menjaringkan gol yang menarik.
“Saya yakin dengan kualiti yang ada pada dua pemain ini selain sentuhan taktikal Silva, penyokong Fulham akan mengharungi detik indah musim ini kerana melihat corak permainan menarik,” katanya.
Sementara itu, Sherwood turut menjangka Fulham berpotensi menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik pada kempen EPL kali ini berbanding bergelut di zon penyingkiran.
“Saya rasa mereka memiliki skuad yang besar ketika ini. Bukan mudah untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua pemain berkualiti di posisi sama dan itu adalah satu kelebihan buat mereka,” katanya. – AGENSI
Dua bekas bintang Arsenal senjata baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :