Gelagat Anak-Anak Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
“Afwa Tak Duduk Diam, Kena Ketuk Dengan Kakak”
Gelagat Anak-Anak Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Biasa Lah, Anak No 2 Memang Begitu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.9 juta, tanda suka sebanyak 38 ribu dan sebanyak 746 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Siti Nurhaliz ayang ingin mengambil foto bersama keluarga kecilnya itu, namun kelihatan Afiyah yang mengetuk kepala adiknya itu kerana tidak duduk diam.
@sitizoner Membalas kepada @anie rohani23 #fyp
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa sama seperti anak mereka yang nombor dua kerana pasti akan membuat sesuatu perkara diluar jangkaan.
Apa-apa pun, semoga Afwa dan Afiyah membesar menjadi anak yang soleh dan solehah yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Gelagat Anak-Anak Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah
- PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :