Kongres KLFA tunggu ‘lampu hijau’ SPRM

Kongres KLFA tunggu ‘lampu hijau’ SPRM

Kongres KLFA tunggu ‘lampu hijau’ SPRM
Pemangku Presiden KLFA, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid ditemui selepas Mesyuarat Exco KLFA hari ini.

KONGRES Pemilihan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada 7 September depan menjadi teka-teki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan ke badan induk bermula semalam.

Perkara itu disahkan oleh Pemangku Presiden KLFA, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dengan keputusan sama ada kongres diteruskan atau ditunda bergantung dengan siasatan SPRM ketika ini.

“Kita sudah mengemukakan laporan kepada SPRM dan dalam masa 14 hari, SPRM akan melengkapkan siasatan mereka. Jika ada kebarangkalian salah laku, ia (kongres) akan ditunda.



“Sekiranya tiada salah laku, automatik 7 September itu (kongres) seperti tarikh ditetapkan ahli jawatankuasa KLFA,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Difahamkan, kertas pencalonan untuk kongres KLFA sepatutnya diumum hari ini oleh badan berkecuali tetapi tidak dapat dilakukan susulan siasatan dijalankan SPRM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan




Meskipun belum ada bayangan mengenai pencalonan rasmi bagi jawatan yang dipertandingkan, Abdullah optimis kongres pemilihan bakal berlangsung dengan penuh meriah melibatkan persaingan ramai pihak.

“Saya ramalkan ada pertandingan kerana ramai orang berminat dengan KLFA,” katanya pada sidang media di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden KLFA selain Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Kongres KLFA tunggu ‘lampu hijau’ SPRM

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button