‘Nasib baik tak tumbang masa ada pelanggan’
Oleh – Syeikh Baran
Sebuah restoran di Dataran Mula Alor Setar, di sini musnah dihempap sebatang pokok dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
Menurut pemilik restoran, Muhammad Iskandar Ismail, 55, ketika kejadian dia dan tiga pekerjanya berada di dapur bagi menyiapkan bahan untuk jualan petang ini.
“Pada masa itu hujan sebelum kami dikejutkan dengan bunyi dan gegaran kuat sebelum mendapati pokok tumbang. Saya bersyukur kejadian berlaku ketika tiada pelanggan.
“Kami bernasib baik kerana bahagian dapur ini cuma sedepa saja dari pokok yang tumbang itu. Kalau tumbang di bahagian dapur, memang lain jadinya,”
katanya ketika ditemui di restoran tersebut, hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE