Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan Daim Zainuddin supaya kes gagal mematuhi notis mengisytiharkan harta didengar hakim Mahkamah Sesyen lain.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pemohon gagal membuktikan kemungkinan berlaku berat sebelah dalam perbicaraan itu.
Peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Daim dan isterinya Na’imah Abdul Khalid tidak membantah keputusan itu.
Nizamuddin turut memohon pengecualian kehadiran Daim dalam prosiding permohonan atas alasan kesihatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin kemudiannya memohon mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan mental di hospital kerajaan.
Menurutnya, berdasarkan laporan perubatan pihak pembelaan, tertuduh disahkan mengalami beberapa serangan strok.
Keadaan itu menyebabkannya jatuh hingga retak tulang.
“Jika dilihat keadaan tertuduh, perbicaraan nanti kemungkinan tertuduh tidak dapat hadir.”
“Yang utama ialah kesihatan mental tertuduh.”
“Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah boleh digunakan untuk menilai sama ada Daim layak dibicarakan,” jelas beliau.
Azura menetapkan 17 Oktober depan keputusan permohonan itu.
Daim sebelum ini memfailkan permohonan untuk memindahkan kes pada 7 Mei lepas atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan.
Dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Na’imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama.
Pada 29 Jan lepas, Daim, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Ia termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Na’imah pula didakwa pada 23 Januari lepas atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Ia termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang