Remaja lelaki didakwa bunuh Nuraina Humaira

Oleh – Syeikh Baran


Remaja lelaki didakwa bunuh Nuraina Humaira

Seorang remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh kanak-kanak perempuan Orang Asli dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini.



Tertuduh berusia 17 tahun itu didakwa telah melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian Nuraina Humaira Rosli, 10, di kawasan berpaya Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Lasah dalam daerah Sungai Siput (U) antara pukul 2 hingga 5 petang, 16 Ogos 2024.

Remaja itu yang memakai baju-T berwarna biru dan seluar trek hitam mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R.S. Vitthiyeswary manakala remaja terbabit tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Vitthiyeswary memohon tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan kimia, patalogi dan asid deoksiribonukleik (DNA) serta laporan prestasi pelajar.



Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 28 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button