Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

 

Adat orang berkawan, gunung sama didaki lautan sama direnangi, cubit peha kiri peha kanan turut merasa sakitnya.

Susah senang tetap setia bersama, gelak tawa bersama dan kalau menangis pun pasti akan bersama juga.



Ianya adalah lambang yang jelas tentang kukuhnya ikatan persahabatan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), merangkap Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Beliau itu tiba jam 8.43 pagi dengan diiringi pimpinan parti.

Antaranya Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden PPBM dan Dr Radzi Jidin.



Muhyiddin menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, susulan ceramahnya yang menyentuh isu 3R pada kempen pilihan raya kecil DUN Nenggiri.

Pendakwaan Muhyiddin menjadikan beliau bekas perdana menteri pertama yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Namun apa yang menarik perhatian kita adalah tidak kelihatan kelibat pemimpin atau ahli PAS mengiringi kehadiran Muhyiddin di mahkamah.

Apakah ini satu petanda berlaku perselisihan pendapat antara pemimpin dan ahli PAS dengan PPBM dalam isu tersebut?



Sudah menjadi rahsia umum, sikap biadab Muhyiddin dalam isu tersebut telah meletakkan ADUN PAS Pahang berada dalam dilema.

Sekiranya mereka menyatakan sokongan kepada Muhyiddin, mereka akan dianggap sebagai bersekutu dengan orang yang mempersendakan raja mereka.

Tetapi Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tuan Ibrahim, telah menyatakan pendirian yang menggesa supaya Muhyiddin disiasat.

Tuan Ibrahim bukan sahaja Ketua Pembangkang dari parti PAS di Pahang.



Malah di pusat, beliau juga adalah Timbalan Presiden PAS.

Walau pun tidak secara rasmi, namun kenyataan dan pendirian beliau boleh dianggap sebagai pendirian rasmi parti PAS.

Kelantan adalah negeri yang telah ditadbir oleh PAS, malah Kelantan adalah kubu kuat bagi PAS sejak sekian lama.

Sudah pasti menimbulkan persoalan apabila kemunculan Muhyiddin di mahkamah hanya diiringi oleh pemimpin PPBM.



Di mana perginya ahli dan pemimpin PAS?

 

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button