Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan

 

Dalam Persidangan Agung UMNO 2024, Presiden UMNO, DS Zahid mencadangkan agar Sekolah Rendah MARA ditubuhkan.

DS Zahid juga telah mencadangkan agar program Ulul Albab diperluaskan ke semua Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama bantuan kerajaan serta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.



Tidak dapat dinafikan, cadangan UMNO itu adalah cadangan yang sangat baik.

Kerajaan mesti menimbangkannya dengan serius untuk melaksanakannya.

Tetapi di sebalik niat UMNO yang baik itu, ada kumpulan minoriti yang dilihat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) berkata cadangan UMNO berisiko memecah belahkan lagi sistem pendidikan.



Pengerusi PAGE, Noor Azimah Rahim, berkata fokus utama Kementerian Pendidikan seharusnya adalah untuk meningkatkan taraf dan tahap pendidikan di sekolah kebangsaan.

Menurut Noor Azimah, negara kini sudah ada sekolah antarabangsa, sekolah swasta dan sekolah vernakular.

Kewujudan Sekolah Rendah MARA hanya akan memecah belahkan lagi sistem pendidikan negara.

Realitinya, kita tidak nampak di mana rasionalnya bantahan yang dibuat oleh Noor Azimah.



Sekolah Rendah MARA akan memberikan pilihan tambahan kepada ibubapa.

Dan sudah semesrtinya Sekolah Rendah MARA akan mengikuti silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

MARA juga sudah membuktikan kejayaan mereka dalam melahirkan pelajar yang berkualiti menerusi pendidikan di pelbagai peringkat.

Kita bersetuju dengan saranan Noor Azimah agar Kementerian Pendidikan memberikan fokus kepada peningkatan kualiti pembelajaran di sekolah.



Bukankah dengan kewujudan Sekolah Rendah MARA akan membantu peningkatan kualiti pembelajaran di sekolah rendah.

Sebenarnya kewujudan sekolah vernakular yang diasaskan oleh penjajah adalah sistem yang memecah belahkan masyarakat mengikut etnik.

Penjajah perkenalkan sekolah vernakular sebagai pemudah cara dasar pecah dan perintah mereka.

Tidak hairan mengapa Singapura sendiri tidak membenarkan sistem sekolah vernakular di negara mereka.



Malaysia satu-satunya negara yang masih mengamalkan sistem pendidikan vernakular.

Sepatutnya Noor Azimah menyokong cadangan Sekolah Rendah MARA dan menentang sistem pendidikan vernakular.

 

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button