Lelaki bunuh kekasih bekas isteri di lapangan terbang

Lelaki bunuh kekasih bekas isteri di lapangan terbang

Lelaki bunuh kekasih bekas isteri di lapangan terbang
SUSPEK ditahan di lokasi kejadian.

New Delhi: Kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda di Bengaluru, India, maut selepas lehernya ditikam menggunakan parang oleh seorang lelaki.

Portal NDTV melaporkan, suspek lelaki itu dipercayai membunuh kakitangan berkenaan kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan bekas isterinya.

Imej tersebar di media sosial menunjukkan mayat mangsa berlumuran dengan darah di atas lantai.



Pada 2022, suspek dan isterinya berpisah kerana wanita itu didakwa mempunyai hubungan terlarang dengan mangsa.

Difahamkan, mangsa bekerja sebagai operator troli di lapangan terbang berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.




Suspek sebelum ini dikatakan melakukan beberapa percubaan untuk membunuh mangsa.

Menerusi satu laporan, suspek dikatakan menyembunyikan senjata di dalam beg galas, dan menaiki bas untuk ke lapangan terbang berkenaan.

Selepas sampai di lapangan terbang itu, suspek menunggu operator troli itu keluar dan kemudian menikamnya.

Susulan kejadian berkenaan, suspek ditahan bagi membantu siasatan.



Polis memaklumkan mereka sedang menyiasat kes itu.

Lelaki bunuh kekasih bekas isteri di lapangan terbang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button