Lelaki menyamar YouTuber dipenjara 17 tahun kerana peras ugut ratusan gadis

Lelaki menyamar YouTuber dipenjara 17 tahun kerana peras ugut ratusan gadis

Lelaki menyamar YouTuber dipenjara 17 tahun kerana peras ugut ratusan gadis
MUHAMMAD Zain Ul Abideen Rasheed. FOTO ABC News

Canberra: Seorang lelaki yang menyamar sebagai YouTuber remaja terkenal, dihukum penjara 17 tahun di Australia, selepas disabitkan bersalah kerana memeras ugut ratusan gadis di seluruh dunia untuk melakukan aksi seks di hadapan kamera.

Portal BBC melaporkan, tertuduh, Muhammad Zain Ul Abideen Rasheed mengaku bersalah atas 119 pertuduhan, berkaitan 286 individu dari 20 negara, termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Perancis.

Dua pertiga daripada mangsanya berumur di bawah 16 tahun.



Mahkamah di Perth diberitahu, lelaki berusia 29 tahun itu mengugut untuk menghantar mesej dan imej tidak senonoh mangsa kepada orang tersayang mereka

Pihak berkuasa Australia berkata, ia adalah salah satu kes pemerasan seksual paling teruk dalam sejarah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.




“Sikap tidak berperikemanusiaan tertuduh mengakibatkan kesusahan, penghinaan dan ketakutan kepada mangsanya dan menjadikan ia salah satu kes pemerasan seksual paling mengerikan yang didakwa di Australia.

“Jenis eksploitasi dan penderaan dalam talian ini amat dahsyat dan menyebabkan trauma sepanjang hayat,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia David McLean.

Ketika menjatuhkan hukuman pada Selasa, Hakim Amanda Burrows memberitahu kesalahan Muhammad Zain adalah berat sehingga tiada kes yang setanding di negara itu, menurut Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Modus operandi Muhammad Zain adalah menyamar sebagai YouTuber AS yang berusia 15 tahun sebelum memulakan perbualan dengan mangsa dan membabitkan mereka dalam perbincangan fantasi seksual.



Dia mengancam untuk menghantar reaksi mangsa itu kepada rakan dan keluarga mereka, melainkan remaja itu melakukan beberapa siri perbuatan seks yang menjijikkan.

Lelaki itu ditangkap selepas pihak berkuasa Australia dihubungi oleh Interpol dan penyiasat AS, dan dia didakwa pada 2020.

Lelaki menyamar YouTuber dipenjara 17 tahun kerana peras ugut ratusan gadis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button