Media Prima catat hasil RM844 juta walau berdepan persekitaran ekonomi mencabar
Media Prima catat hasil RM844 juta walau berdepan persekitaran ekonomi mencabar
Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima) mencatatkan hasil sebanyak RM844 juta bagi tahun kewangan (FY24) dan suku keempat yang berakhir pada 30 Jun 2024 (4QFY24), walaupun berhadapan persekitaran ekonomi yang mencabar.
Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) selepas penormalan (normalised profit) sebanyak RM30.5 juta hasil daripada usaha Kumpulan dalam meningkatkan kecekapan operasi, penerokaan pasaran perusahaan kecil sederhana (PKS) serta inisiatif pengurusan kos yang berkesan.
Kumpulan turut mencatatkan hasil sebanyak RM193.1 juta dan PAT selepas penormalan sebanyak RM2.6 juta pada 4QFY24.
Media Prima dalam kenyataan berkata, segmen penerbitan yang diterajui the New Straits Times Press (NSTP) pula mencatatkan keputusan menggalakkan, didorong oleh peningkatan dalam kecekapan operasi, percetakan dan pengedaran akhbar serta prestasi kukuh aliran pengiklanan.
“Segmen ini telah mencatatkan hasil sebanyak RM120.7 juta dan PAT berjumlah RM22.9 juta bagi FY24,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid berkata, Media Prima sekali lagi menunjukkan kemampuan daya saing sewaktu landskap ketidaktentuan ekonomi, ketegangan geopolitik, dan perubahan digital yang berterusan.
“Tumpuan strategik kami pada segmen pertumbuhan tinggi dan usaha pengoptimuman kos telah membolehkan Kumpulan mencatatkan satu lagi keputusan tahunan positif.
“Walaupun kami menjangkakan cabaran-cabaran industri akan berterusan dalam tahun kewangan akan datang, kami tetap komited untuk memberikan nilai kepada pemegang saham dan audiens kami,” katanya.
Lembaga Pengarah Media Prima telah mengisytiharkan dividen satu peringkat pertama dan terakhir sebanyak 1.5 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2024.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali berkata, keupayaan Kumpulan untuk berdaya saing di kala perubahan pesat landskap media jelas menunjukkan komitmen berterusan Kumpulan kepada audiens serta pelanggan Media Prima.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
- Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
“Ketidaktentuan ekonomi dan konflik di peringkat global telah memberi kesan besar terhadap perbelanjaan pengiklan utama.
“Langkah strategik yang telah diambil dalam memberi penumpuan terhadap segmen pasaran baharu, seperti menerokai segmen PKS membantu mengurangkan kesan berkenaan.
“Segmen ini telah mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 20 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.
“Dominasi kami yang berterusan dalam segmen penyiaran, pengiklanan luar rumah dan penerbitan juga membuktikan kekuatan jenama dan keberkesanan strategi kami,” katanya.
Menurutnya, komitmen Media Prima melangkaui kejayaan komersial dengan penekanan terhadap inisiatif tanggungjawab sosial korporat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah
- Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16
- Landskap politik Melayu sudah berubah, kini muncul politik Toksid”- Muhamad Hasan
Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?
“Lebih RM2.9 juta dalam bentuk sumbangan awam telah membantu pembangunan komuniti tempatan dan program-program bantuan perubatan.
“Selain itu, lebih daripada RM1.9 juta hasil sumbangan masyarakat kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, telah disalurkan dalam bentuk bantuan perubatan, makanan dan tempat perlindungan kepada mangsa kekejaman di Palestin dengan kerjasama bersama organisasi bukan kerajaan yang berwibawa.
“Disamping itu, Media Prima sedang memperkukuh strategi dekarbonisasi untuk mengenal pasti dan mengurus risiko perubahan iklim.
“Pemahaman berasaskan data ini membantu Kumpulan dalam pembangunan pelan hala tuju pengurangan emisi secara komprehensif, mengukuhkan komitmen Media Prima terhadap matlamat kemapanan jangka panjang,” katanya.
Bagi tahun kewangan 2024, Media Prima mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor penyiaran dengan menguasai lebih 50 peratus penonton televisyen dan 37 peratus pendengar radio.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.
- Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD
- Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU
PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.
Jenama TV3 dan Hot FM terus dominan sebagai stesen penyiar terunggul dalam kategori masing-masing.
Segmen penyiaran Kumpulan, secara keseluruhan, telah mencatatkan hasil sebanyak RM376.4 juta, didorong oleh prestasi cemerlang terutamanya daripada Media Prima Audio.
Sementara itu, segmen pengiklanan luar rumah Kumpulan pula mencatatkan keputusan positif dengan hasil sebanyak RM121.4 juta pada FY24.
Keputusan ini didorong oleh pelancaran strategik beberapa papan pengiklanan digital baharu oleh Big Tree selaras dengan strategi keseluruhan Kumpulan untuk memperkenalkan inovasi dan penyesuaian kepada trend pasaran yang berkembang.
Media Prima catat hasil RM844 juta walau berdepan persekitaran ekonomi mencabar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :