‘Pembunuh nenek’ dibebaskan dari penjara untuk bertempur dalam perang
‘Pembunuh nenek’ dibebaskan dari penjara untuk bertempur dalam perang
Moscow: Seorang lelaki di Rusia yang pernah membunuh wanita warga emas dibebaskan dari penjara buat kali kedua untuk bertempur sebagai askar upahan dalam perang di Ukraine.
Pendedahan itu dibuat oleh cucu wanita warga emas berkenaan, baru-baru ini.
“Pembunuh nenek sekali lagi terlepas daripada hukuman kerana jenayahnya dan pergi berperang,” kata Anna Pekareva, cucu perempuan Yulia Byuskikh kepada BBC.
Pada 2022, Ivan Rossomakhin dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana membunuh, untuk menyertai askar upahan di bawah entiti swasta iaitu kumpulan Wagner.
Rossomakhin kemudiannya dibenarkan pulang ke daerah Vyatskiye Polyany di Wilayah Kirov, Rusia. Di sana, dia menyerang dan membunuh Yulia, 85.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
Pembunuhan itu adalah salah satu daripada beberapa jenayah dilakukan oleh Rossomakhin.
Pada April tahun ini, Rossomakhin, 29, didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh Yulia, dan dijatuhi hukuman penjara 22 tahun di penjara dengan kawalan keselamatan tinggi, sebelum hukuman itu ditambah kepada 23 tahun.
Mahkamah menyatakan bahawa pembunuhan itu membabitkan kekejaman melampau.
Bagaimanapun, Anna berkata, gabenor penjara memberitahu keluarganya bahawa Rossomakhin dibebaskan pada 19 Ogos lalu, iaitu hanya seminggu selepas permulaan hukumannya.
Dokumen rasmi yang dilihat oleh BBC dan ditandatangani oleh gabenor penjara, menyatakan banduan itu dibebaskan berkaitan dengan undang-undang khusus Rusia yang membenarkan tentera merekrut banduan untuk dihantar ke barisan hadapan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
- Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
Ia kali kedua pembunuh yang disabitkan kesalahan, dibebaskan dari penjara untuk bertempur sebagai askar dalam perang negara itu dengan Ukraine.
Tidak lama selepas Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh di Ukraine, kumpulan Wagner mula merekrut banduan dari penjara untuk menyertai perang itu.
Jika banduan bersetuju untuk mendaftar, mereka akan menerima pengampunan rasmi daripada Presiden Rusia Vladimir Putin.
‘Pembunuh nenek’ dibebaskan dari penjara untuk bertempur dalam perang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :