Polis Vietnam lumpuhkan sindiket jual 16 bayi

Polis Vietnam lumpuhkan sindiket jual 16 bayi

Polis Vietnam lumpuhkan sindiket jual 16 bayi
GAMBAR hiasan

Hanoi: Polis Vietnam, baru-baru ini, menahan puluhan individu yang disyaki terbabit dalam sindiket penjualan bayi.

Mereka ditahan kerana dipercayai memperdagangkan 16 bayi baru lahir di beberapa bandar dan wilayah di negara itu, lapor media tempatan pada 28 Ogos.

Menurut akhbar rasmi Polis Bandaraya Ho Chi Minh, seramai 16 lelaki dan wanita ditahan kerana memperdagangkan bayi berusia antara tiga hari hingga tiga bulan.



Kumpulan itu menyasarkan wanita, melalui kumpulan tertutup di media sosial.

Modus operandinya adalah mengeksploitasi mereka yang bergelut untuk menyediakan keperluan dan menjaga anak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.




Dalam laporan berkenaan, kumpulan itu membeli setiap bayi dengan kos antara AS$400 (kira-kira RM1,734), dan AS$930 (kira-kira RM4,032).

Kumpulan itu kemudian memalsukan dokumen pengangkatan.

Bayi itu kemudian dijual semula dengan harga antara AS$1,400 (kira-kira RM6,069) dan AS$3,000 (kira-kira RM13,005).

Polis menyiasat 84 kes disyaki membabitkan kegiatan pemerdagangan bayi.



Kes itu berlaku sejak awal 2024, di 32 bandar dan wilayah.

Polis Vietnam lumpuhkan sindiket jual 16 bayi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button