Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN

Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN

Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN

 

Dalam Persidangan Agung UMNO 2024 (PAU 2024), Naib Presiden UMNO, Johari Ghani berkata, UMNO perlukan dua atau tiga Pilihan Raya Umum untuk kembali dominan.

Tetapi dengan syarat, segala perselisihan dalaman dan titik bengik sesama sendiri dihapuskan.



Ia hanya boleh dicapai jika kejituan dan kesetiaan dalam parti dapat dicapai sepenuhnya.

Bagi admin, berdasarkan keadaan terkini UMNO, pandangan Johari Ghani adalah pandangan yang realistik.

Tetapi jangan kita lupa, politik bersifat dinamik.

Tidak ada jaminan apa yang sudah berlaku semalam akan terus kekal ke hari ini.



Kita lihat sahaja bagaimana sejarah politik negara melakarkan kejatuhan dan kebangkitan Pakatan Harapan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 14, Pakatan Harapan menang dengan bergaya hingga membolehkan mereka menubuh kerajaan dengan cukup selesa.

Tetapi ianya hanya bertahan selama 22 bulan sahaja.

Selepas Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Pakatan Harapan yang menang bergaya dalam Pilihan Raya Umum ke 14 memasuki era kejatuhan.



Tamparan paling hebat adalah di Pilihanraya Negeri Melaka & Johor.

Bukan sahaja gagal mengekalkan kerajaan negeri, Barisan Nasional, musuh mereka ketika itu berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 2/3.

Berdasarkan keadaan semasa, ramai yang berpendapat, Barisan Nasional pasti akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 dengan mudah.

Tetapi keadaan sebaliknya yang berlaku.



Barisan Nasional hanya mampu memenangi 30 kerusi parlimen di Pilihan Raya Umum ke 15.

Pakatan Harapan kembali bangkit dengan memenangi 82 kerusi parlimen.

Ianya menjadikan Pakatan Harapan menjadi parti gabungan yang memenangi kerusi paling banyak dalam Pilihan Raya Umum ke 15.

Pakatan Harapan tidak memerlukan masa hingga dua atau tiga Pilihan Raya Umum untuk kembali bangkit.



Kekuatan mereka datangnya dari kesetiaan dalaman parti komponen dan kejituan kerjasama antara parti komponen.

Sebenarnya, inilah yang diperlukan oleh Barisan Nasional untuk kembali bangkit.

Tanpa dua perkara tersebut, bukan dua atau tiga Pilihan Raya Umum, malah hingga bila-bila Barisan Nasional tidak mampu untuk bangkit.

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button