Jaclyn Victor Hadir Dengan Single Terbaharu

Bakal Pukau Peminat Dengan Konsert Solo Oktober Ini!

Jaclyn Victor Hadir Dengan Single Terbaharu

Jaclyn Victor Hadir Dengan Single Terbaharu

Menuju hari bersejarah Jaclyn Victor First Solo Concert yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan, penyanyi berprolifik tinggi yang mesra disapa Jac hadir dengan cenderahati istimewa.

Sisi Berbeza Menerusi ‘Sesal Tak Bermakna’

Sesal Tak Bermakna — inilah cenderahati istimewa yang tidak sabar diperdengarkan Jac kepada semua peminat dan pemerhati muzik tempatan. Dihasilkan Gerald Sellan dan Mux Ryzor selaku penerbit, Sesal Tak Bermakna turut menerima gabungan idea Adrian Puan bersama Gerald sebagai komposer. ‘Bertemu’ peminat pada 23 Ogos 2024.
Meski mengangkat judul Sesal Tak Bermakna yang secara kasarnya akan dikaitkan dengan penyesalan terhadap perbuatan lampau, penyanyi yang terkenal mencapai notasi tinggi dalam nyanyiannya ini bagaimanapun melihat ia daripada sisi berbeza.



Jac, 45, juga mahu peminat melihat sisi berbeza dirinya selepas lebih dua dekad berlayar dan mengharungi gelombang arus muzik menerusi Sesal Tak Bermakna yang bernuansa gelap berbanding hit miliknya seperti Gemilang atau Kejutkan Aku.

“Mungkin bunyi Sesal Tak Bermakna seperti satu penyesalan terhadap perbuatan yang telah dilakukan tapi Sesal Tak Bermakna versi single kedua saya ini adalah bagaimana seseorang belajar di sebalik sesuatu yang berlaku dan berusaha menjadi lebih baik pada masa hadapan,” ujar Jac.

View this post on Instagram



A post shared by JACLYN VICTOR (@jaclyn_victor)

Seiring lahirnya Sesal Tak Bermakna di pasaran, Jac juga teruja menyambut ribuan peminat untuk merayakan ulang tahun ke-20nya sebagai anak seni di Jaclyn Victor First.

Di pentas Zepp KL pada 12 Oktober 2024, Sesal Tak Bermakna akan disampaikan bersama lagu-lagu lain yang telah mengharumkan nama Jac bukan sekadar ‘gadis pemenang program realiti televisyen’ sebaliknya permata seni yang patut dibanggakan.



Untuk menyaksikan Jaclyn Victor First Solo Concert, jangan terlepas mendapatkan tiket berharga RM258 sehingga RM888 sudah mula dijual di www.livepass.asia.

Jaclyn Victor Hadir Dengan Single Terbaharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button