Raja Maori meninggal dunia

Raja Maori meninggal dunia

Raja Maori meninggal dunia
KIINGI Tuheitia Pootatau Te Wherowhero VII (kiri) bersama Raja Charles ketika lawatan Raja Britain itu ke Ngaruawahia, New Zealand pada 2015. FOTO Fail AFP.

Wellington: Raja Orang Asli New Zealand meninggal dunia hari ini, beberapa hari selepas sambutan pertabalannya yang ke-18.

Menurut jurucakap, Kiingi Tuheitia Pootatau Te Wherowhero VII menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga pada usia 69 tahun.

Beliau sebelum itu dirawat di hospital susulan pembedahan jantung.



“Pemergian Kiingi Tuheitia adalah detik sangat menyedihkan buat pengikut Te Kiingitanga, Maaoridom dan seluruh negara.

“Beliau seorang ketua yang sangat bekerja keras. Bersemadilah dengan tenang,” kata jurucakap itu dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




Perdana Menteri Christopher Luxon mengetuai penghormatan terakhir terhadap pemimpin Maori itu yang berlangsung hari ini.

“Hari ini, kita meratapi kehilangan Kiingi Tuheitia. Komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada rakyatnya dan usaha gigihnya untuk menegakkan nilai serta tradisi Kiingitanga, meninggalkan kesan yang mendalam kepada negara.

“Saya akan mengingati dedikasinya kepada Aotearoa New Zealand, komitmennya terhadap mokopuna (orang muda), semangatnya untuk te ao Maori, dan visinya demi masa depan, yang mana semua orang dilayan saksama dengan penuh maruah dan rasa hormat,” kata Luxon dalam kenyataan dari Tonga, di mana beliau menghadiri Forum Kepulauan Pasifik.



Sementara itu, bekas Perdana Menteri Jacinda Ardern memuji mendiang yang disifatkan pemimpin yang membela komuniti Maori, memperjuang keadilan dan kemakmuran.

“Anda mahu kanak-kanak, orang muda dan mereka yang ditinggalkan mempunyai peluang dan harapan.

“Anda bekerja tanpa mengenal penat lelah, membina pemahaman dan pengetahuan mengenai sejarah kita bersama dan dengan berbuat demikian, mengukuhkan Aotearoa.

“Dan di antara semua itu, anda membuat semua orang berasa dialu-alukan termasuk saya. Berehatlah,” katanya dalam hantaran di Instagram.



Kiingitanga, pergerakan Raja Maori, diasaskan pada 1858 dengan tujuan menyatukan Orang Asli Maori New Zealand di bawah satu kedaulatan.

Kiingi Tuheitia ialah raja Kiingitanga ketujuh.

Raja Maori meninggal dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Harakahdaily Siar Berita Palsu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button