‘Sekolah’ latih pencuri profesional

‘Sekolah’ latih pencuri profesional

'Sekolah' latih pencuri profesional
GAMBAR hiasan. FOTO AFP.

New Delhi: Digelar sekolah pencuri berbayar, dipercayai untuk melatih kanak-kanak dan remaja di India supaya berkemahiran tinggi dalam melakukan jenayah.

Itu visi sebuah ‘institusi’ dengan pendidikan jenayahnya merangkumi pelbagai pelajaran untuk mengijazahkan samseng ‘profesional’.

Lapor NDTV, tiga kampung di Madhya Pradesh, tengah India iaitu Kadia, Gulkhedi dan Hulkhedi terkenal kerana melatih kanak-kanak mencuri.



Ibu bapa menghantar anak mereka berusia antara 12 hingga 13 tahun ke sekolah pencuri itu, yang mana mereka menyertai kumpulan penjenayah tempatan dan menerima latihan.

Kurikulum mereka termasuk penyeluk saku, ragut beg di tempat sesak, kaedah mengelak daripada polis dan menahan daripada dipukul.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan



Kanak-kanak juga diajar cara berjudi dan menjual arak, dengan mereka biasanya datang daripada keluarga yang kurang berpendidikan dan miskin.

Ibu bapa perlu membayar 200,000 rupee (RM10,288.70) hingga 300,000 rupee (RM15,433.05) untuk yuran pengajian.

Mereka dilatih untuk bergaul dengan keluarga kaya sebelum mendapat akses ke majlis perkahwinan golongan berprofail tinggi dan eksklusif.



Selepas setahun bersekolah, ‘pelajar’ ditauliah lulus untuk mencuri barang kemas di majlis perkahwinan orang kaya.

Dilaporkan jika berjaya mencuri, mereka mampu memperoleh lima hingga enam kali ganda daripada jumlah yuran pengajian dan ibu bapa juga boleh menerima bayaran tahunan antara 300,000 rupee hingga 500,000 rupee (RM25,721.75) daripada ketua kumpulan.

Semasa perkahwinan mewah di Jaipur, sebuah bandar di barat laut India, pada 8 Ogos lalu, seorang pencuri berjaya mencuri beg yang mengandungi barang kemas bernilai 15 juta rupee (RM71,652.50) dan wang tunai 100,000 rupee (RM5,144.35).

Pada Mac lalu, seorang penyamun berusia 24 tahun yang lulus sekolah pencuri itu dilapor mencuri beg barang kemas di majlis perkahwinan di Gurgaon, utara India.



Data polis merekodkan, lebih 300 kanak-kanak daripada sekolah seumpama itu terbabit dalam kecurian di majlis perkahwinan di seluruh India.

Inspektor Ramkumar Bhagat berkata, memandangkan kebanyakan penjenayah adalah di bawah umur, ia menjadi cabaran besar untuk polis mengambil tindakan.

Di India, mereka yang disabitkan kesalahan mencuri boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun, sistem perundangan negara lebih lembut dalam mengendalikan jenayah juvana, sambil menumpukan kepada pembetulan dan pendidikan.



Bahkan penduduk kampung juga melindungi penjenayah kecil sekali gus menambah kesukaran polis dalam memerangi peningkatan rangkaian pencuri profesional.

‘Sekolah’ latih pencuri profesional

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button