Datang nak kutip sewa tapi jumpa mayat penyewa

Oleh – Syeikh Baran


Datang nak kutip sewa tapi jumpa mayat penyewa

Seorang pemilik rumah terkejut apabila menemui mayat penyewanya yang juga wanita warga asing di bilik kediaman itu di sekitar Bandar Bukit Raja, di sini, hari ini.



Kejadian itu disedari selepas mangsa berusia 38 tahun berkenaan tidak menyahut atau membuka pintu rumah tersebut ketika dipanggil.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa daripada lelaki tempatan itu, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya, siasatan mendapati pemilik rumah datang ke kediaman itu bagi menyempurnakan perintah mahkamah kerana kegagalan penyewa melunaskan tunggakan sewa.

“Pemilik rumah panggil penyewa beberapa kali, namun tidak dijawab sebelum masuk guna kunci pendua. Lelaki itu kemudian terhidu bau busuk dan menemui mayat terbaring atas katil di bilik utama rumah tersebut,” katanya, hari ini.



Tambah Vijaya Rao, mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat, manakala tiada sebarang unsur jenayah setakat ini dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR). 

Sumber – KOSMO!ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button