F1: Audi peluang terakhir Mick Schumacher
F1: Audi peluang terakhir Mick Schumacher
JERMAN – Masa depan bekas pemandu pasukan Haas, Mick Schumacher dalam Formula Satu (F1) kini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Audi yang dilihat sebagai harapan terakhir untuk menghidupkan kembali karier dalam saingan F1.
Terdahulu, Valtteri Bottas dilaporkan kehilangan motivasi dan Audi mungkin mempertimbangkan Schumacher sebagai pengganti dengan memberikan peluang kepadanya untuk membuktikan prestasinya sekali lagi.
Bottas yang merupakan pemenang 10 perlumbaan Grand Prix, kelihatan bergelut dengan masalah motivasi apabila sering bermula di grid belakang sekali gus membuka peluang kepada bakat baru.
Sementara itu, bekas pemandu F1, Marc Surer menyuarakan sokongannya terhadap Schumacher dengan menekankan bakat pemandu berusia 25 tahun itu belum ditonjolkan sepenuhnya selain berpendapat dia layak diberikan peluang kedua selepas tempoh yang mengecewakan bersama Haas.
“Peluang semakin lama semakin tipis dan Audi mungkin menjadi harapan terakhir Mick. Sebelum mereka teruskan dengan Bottas yang dilihat tidak bermotivasi, mengapa tidak memberi peluang kepada Mick?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
“Saya yakin dengan bakatnya. Dia pantas dan dia sudah membuktikannya dalam Formula 2. Ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya yang hanya memerlukan persekitaran yang tepat untuk berkembang,” kata Surer.
Schumacher memulakan karier F1 dengan harapan yang tinggi selepas kemenangan dalam Formula 2 pada 2020, yang membawanya ke pasukan Haas pada 2021, namun selepas dua musim yang mencabar dia digantikan oleh pemandu berpengalaman, Nico Hulkenberg. – AGENSI
F1: Audi peluang terakhir Mick Schumacher
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :