LBS terima pengiktirafan bagi prestasi kewangan cemerlang

LBS terima pengiktirafan bagi prestasi kewangan cemerlang

LBS terima pengiktirafan bagi prestasi kewangan cemerlang
Lucas (kiri) mewakili LBS memerima anugerah BRC 2024.

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka berjaya memenangi anugerah ‘Highest Growth in Profit After Tax Over Three Years’ dalam kategori sektor hartanah di Anugerah The Edge Billion Ringgit Club (BRC) 2024.

Anugerah itu diterima oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lucas Lim Kim Kiat atas pencapaian cemerlang dalam prestasi kewangan bagi tempoh tiga tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LBS, Datuk Wira Lim Hock Guan berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah ini kerana ia menunjukkan fokus LBS yang berterusan terhadap prestasi kewangan dan kecekapan operasi Kumpulan.



“Peningkatan keuntungan kami setiap tahun membuktikan kekuatan model perniagaan dan dedikasi pasukan kami.

“Kami akan terus berusaha mencapai kecemerlangan ini memberi kami semangat untuk terus maju dan memimpin industri sebagai pemaju hartanah kediaman, perindustrian dan komersial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan



 

“Sebagai pemaju yang inovatif, kami akan terus menyesuaikan diri dengan trend pasaran dan menghasilkan rumah berkualiti tinggi serta mampu milik untuk kebaikan pemilik rumah,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pencapaian LBS semakin kukuh dengan Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia Deloitte untuk tahun ketiga berturut-turut.



Beliau berkata, anugerah itu jelas menunjukkan kecemerlangan dan kepimpinan luar biasa LBS dan kumpulan terus kekal optimis dan berhati-hati terhadap trajektori pertumbuhannya, disokong oleh tanah seluas 2,654 ekar (1074.03 hektar) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dijangka mencecah RM33 bilion, memastikan aliran projek untuk tahun akan datang.

Anugerah itu mengiktiraf peningkatan konsisten LBS dalam untung selepas cukai dan kepentingan minority (Patmi) sepanjang tempoh penilaian tiga tahun dari 2021 hingga 2023.

Prestasi kewangan kumpulan untuk tahun 2023 adalah cemerlang dengan pendapatan mencapai RM1.8 bilion.

Patmi pula menunjukkan pertumbuhan yang konsisten, meningkat dari RM95.6 juta pada 2021 kepada RM128.5 juta (2022), serta RM141 juta (2023).



Prestasi yang luar biasa ini menonjolkan fokus kumpulan dalam melaksanakan projek yang selaras dengan keperluan pasaran, dan menjana jualan yang memberangsangkan.

Kadar pertumbuhan tahunan kompaun Patmi sebanyak 21.4 peratus selama tiga tahun mengesahkan prestasi kewangan cemerlang LBS yang disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang konsisten, keuntungan yang kukuh, dan pengurusan kos yang berkesan, di sebalik ketidaktentuan ekonomi semasa.

LBS terima pengiktirafan bagi prestasi kewangan cemerlang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Harakahdaily Siar Berita Palsu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button