Pengguna terkejut logo facebook berubah
Oleh – Syeikh Baran
Pengguna laman sosial dibiarkan terkejut tanpa menerima sebarang penjelasan selepas ikon Facebook berubah secara misteri dan dalam sekelip mata, lapor portal berita The Sun hari semalam.
Ramai pemilik telefon bimbit mendapati logo Facebook itu berbeza, terutamanya mereka yang memiliki iPhone.
“Apa yang tidak kena dengan logo Facebook?.
“Warnanya pelik dengan versi terkini. Saya memadamkan aplikasi ini dan memuat turunnya semula sebanyak dua kali, namun tiada perubahan berlaku,” kata seorang netizen di platform Reddit.
Seorang netizen lain berkata: “Ia (perubahan) ini menjengkelkan.”
Logo baru itu memaparkan latar belakang warna hitam tetapi huruf f masih berwarna biru seperti sebelumnya.
Setakat ini, perubahan logo itu hanya berlaku pada telefon bimbit yang menggunakan sistem iOS.
Facebook masih tidak menjelaskan mengapa perubahan itu berlaku.
Sebilangan pengguna yang mengesyaki ia mungkin mempunyai kaitan dengan acara pelancaran iPhone Apple yang bakal diadakan. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE