Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ‘wajib’ benam Filipina

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ‘wajib’ benam Filipina

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ‘wajib’ benam Filipina
PAU MARTI tidak menganggap masalah yang melanda Filipina sebagai kelebihan, sebaliknya Harimau Malaya perlu fokus persiapan sendiri.

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente mahu anak-anak buahnya fokus memburu kemenangan pada aksi pertama Pestabola Merdeka menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu depan.

Menurut Pau Marti, konflik dalaman yang melanda kem Filipina ketika ini boleh dianggap sebagai kelebihan awal dalam memburu tiket ke final Pestabola Merdeka nanti.

“Objektif kami di Pestabola Merdeka adalah untuk menang terlebih dahulu dengan Filipina dalam perlawanan pertama nanti.



“Saya percaya mereka mampu berikan yang terbaik dan mahu pemain memberikan komitmen penuh sepanjang sesi latihan kali ini.

“Mengenai isu yang melanda pasukan lawan, saya tidak boleh anggap ia sebagai khabar gembira kerana kita masih perlu fokus kepada diri sendiri sahaja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




“Filipina adalah pasukan yang sukar dan apabila mereka menukar jurulatih, ianya menjadi lebih sukar kerana tidak dapat menjangka persembahan mereka,” katanya ketika ditemui.

Sebagai rekod, pengendali The Azkals, Tom Saintfiet telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan serta-merta pada Khamis lepas kerana mendapat tawaran untuk membimbing skuad kebangsaan Mali.

Dalam perkembangan sama, Pau Marti turut mengesahkan tiada perlawanan ‘pemanas badan’ yang dilakukan sebaliknya mahu memberi tumpuan pada aspek latihan intensif dan kecergasan pemain. – KOSMO! ONLINE



Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ‘wajib’ benam Filipina

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button