Puteri Norway berkahwin dengan bomoh
Puteri Norway berkahwin dengan bomoh
Oslo: Puteri Norway, Martha Louise berkahwin dengan Durek Verrett yang mengaku sebagai bomoh di Amerika Syarikat (AS), dalam satu upacara pada Sabtu.
Perkahwinan pasangan yang juga peminat kaedah pemulihan alternatif itu mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat Norway.
Louise, 52, yang juga seorang janda mendakwa sebagai peramal yang ‘boleh bercakap dengan malaikat’.
Verrett, 49, dari California pula menggelar dirinya sebagai bomoh generasi keenam dan menjual pingat emas mahal yang didakwa boleh menyelamatkan nyawa.
“Saya sangat spiritual, menyenangkan untuk bersama orang yang menerimanya,” kata Puteri Martha Louise di Instagram selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2022.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanggungjawab Semua Parti Komponen Untuk Kembalikan Kegemilangan BN
- Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.
Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan
Pasangan itu berkahwin pada 1 tengah hari di sebuah hotel di Geiranger, sebuah perkampungan indah di pantai barat Norway.
Acara keraian sudah bermula pada Khamis lalu dengan dihadiri lebih 350 tetamu termasuk Puteri Mahkota Sweden, Puteri Victoria dan suaminya, Putera Daniel.
Pada Jumaat, tetamu dibawa menaiki bot dan menyertai pesta salsa pada sebelah malam.
Menurut Verrett, perkahwinan itu sebenarnya adalah pembaharuan ikrar pasangan itu.
Verret berkata, selebriti Hollywood, Gwyneth Paltrow dan Antonio Banderas antara pengikutnya. Dia mendakwa adalah firaun dalam kehidupan sebelumnya dan Puteri Martha Louise adalah isterinya.
Pengakuan kedua-duanya membingungkan rakyat Norway. Mereka juga hairan dengan pandangan pasangan itu yang mengabaikan sains dan dilihat menggunakan gelaran diraja untuk keuntungan komersial.
Untuk mengelakkan kekeliruan, Puteri Martha Louise melepaskan gelaran diraja pada November 2022.
Dia mengekalkan gelaran itu pada namanya, tetapi bersetuju untuk tidak menggunakannya untuk tujuan komersial.
Bagaimanapun, wanita itu dilihat melanggar perjanjian beberapa kali.
Pasangan itu juga menimbulkan kemarahan media Norway dengan menandatangani perjanjian untuk liputan eksklusif perkahwinan itu dengan majalah Hello! dan Netflix.
Puteri Norway berkahwin dengan bomoh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :