Sanggup berdiri tanpa seurat benang untuk menang iPhone

Oleh – Syeikh Baran


Sanggup berdiri tanpa seurat benang untuk menang iPhone

Perbuatan empat orang termasuk dua wanita menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia, lapor portal berita MailOnline semalam.



Kejadian itu berlaku di sebuah kelab malam bawah tanah di wilayah Astrakhan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menyerbu dan memaksa empat individu terbabit dan mengancam mereka dengan hukuman penjara. 

Kejadian berlaku ketika penganjur meminta dua lelaki dan dua wanita pergi ke hadapan kelab dan mereka mula menanggalkan pakaian masing-masing. 

Satu rakaman video menunjukkan tiga daripada mereka gelisah berbogel, manakala seorang wanita berusia 22 tahun gembira menanggalkan pakaian untuk mendapatkan peluang memenangi iPhone.



Pihak berkuasa menahan empat orang yang tidak berpakaian itu dan beberapa individu lain yang membantu mengatur acara tersebut.

Seorang wanita berkenaan terpaksa membuat permohonan maaf di hadapan pengunjung kelab.

“Saya sangat menyesal atas apa yang saya lakukan. Perbuatan saya adalah tidak bermoral dan tidak normal sama sekali. Saya sangat malu kerana saya melakukannya,” katanya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button