Suami racun isteri untuk kahwin anak tiri

Oleh – Syeikh Baran


Suami racun isteri untuk kahwin anak tiri

Seorang suami memasukkan pelbagai jenis dadah ke dalam minuman ringan isterinya dalam usaha untuk berkahwin dengan anak perempuan mangsa, lapor akhbar The Sun.



Alfred W. Ruf, 71, turut memasukkan dadah kokain dan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) ke dalam minuman segera itu.

Perbuatan cuba membunuh isterinya menyebabkan mangsa dimasukkan ke hospital sebanyak enam kali pada 2021

Pada Isnin lepas, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun terhadap Ruf.

Dia juga akan diletakkan dalam tempoh berkelakuan baik selama lima tahun lagi.



 

 

                                                                                                            ALFRED W. RUF

Ruf mengaku bersalah meracuni isterinya sehingga menimbulkan risiko kematian terhadap mangsa.

Pertuduhan asal iaitu merancang pembunuhan u telah digugurkan setelah tertuduh mengaku bersalah.



Isterinya disahkan positif dadah terlarang apabila dia pergi ke hospital selepas berasa mengantuk, mengalami cirit-birit dan sakit kepala yang tidak diketahui puncanya pada akhir 2021.

Dia menghubungi polis pada Januari 2022 dan pihak berkuasa itu membuat beberapa penemuan mengejutkan di rumah pasangan itu.

Suami memberitahu polis bahawa dia dan anak tirinya akan berkahwin, demikian menurut dokumen mahkamah. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button