EPL: Arsenal, Brighton sama ‘liat’

EPL: Arsenal, Brighton sama ‘liat’

EPL: Arsenal, Brighton sama ‘liat’
Kai Havertz berjaya menjaringkan gol buat The Gunners pada aksi bertemu Brighton sebentar tadi. – Foto AFP

LONDON – Pasukan Arsenal terpaksa akur hanya mampu berkongsi mata dengan Brighton selepas seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, The Gunners kendalian Mikel Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan Kai Havertz, Bukayo Saka dan Leandro Trossard mengetuai jentera serangan.

Skuad tuan rumah dilihat mudah mengancam kubu lawan apabila beberapa percubaan dilakukan oleh Saka pada awal saingan tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Bart Verbruggen.



Namun, kekebalan Verbruggen akhirnya tidak bertahan lama apabila dibolosi hasil penyudah Havertz yang bijak menyempurnakan hantaran Saka pada minit ke-38.

Bersambung pada babak kedua, nasib Arsenal bertambah malang apabila kehilangan pemain tengah, Declac Rice yang diarahkan keluar padang selepas menerima layangan kad kuning kedua pada minit ke-49.

Kesempatan tersebut digunakan oleh The Seagulls untuk menggandakan asakan sebelum berjaya menyamakan kedudukan menerusi serangan balas pantas yang berjaya disudahkan oleh Joao Pedro berselang 10 minit kemudian.

Arsenal kemudian menggunakan taktikal bertahan dengan memasukkan Ricciardo Calafiori dan Oleksandr Zinchenko bagi mengekang serangan bertali arus pasukan tuan rumah.



Keputusan tersebut berhasil selain kecemerlangan penjaga gol, David Raya memastikan keputusan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

EPL: Arsenal, Brighton sama ‘liat’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button