EPL: Toney beralih angin ke Arab Saudi

EPL: Toney beralih angin ke Arab Saudi

EPL: Toney beralih angin ke Arab Saudi
TONEY bakal beralih angin apabila memilih Arab Saudi sebagai destinasi kariernya selepas bersetuju menyertai Al-Ahli. – AFP

LONDON – Penggempur sensasi Brentford, Ivan Toney akhirnya menepati ramalan meninggalkan kelab itu selepas menerima tawaran dari kelab Liga Arab Saudi, Al-Ahli.

The Bees membuat keputusan untuk menerima tawaran sebanyak £40 juta (RM226.8 juta) walaupun pengurusnya, Thomas Frank mengakui selesa bekerjasama dengan Toney.

“Adalah menjadi satu yang agak mengujakan untuk bekerja dengan Ivan sejak empat tahun lalu. Secara puratanya dia mampu jaringan lebih satu gol dalam setiap dua perlawanan dan angka itu sesuatu yang cukup hebat.



“Dalam padang dia adalah penjaring gol yang hebat, malah dia juga sentiasa mendorong pasukan dan dirinya untuk jadi lebih baik. Ivan meninggalkan Brentford sebagai seorang legenda,” kata Frank.

Sebelum ini Toney sudah pun mendapat kepercayaan Gareth Southgate apabila menyenaraikan namanya dalam skuad Euro 2024 hingga membolehkan The Three Lions muncul naib juara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abaikan Bantahan PAGE, Sekolah Rendah MARA Perlu Di Realisasikan




Untuk rekod, selepas menjaringkan 20 gol sepanjang saingan 2022/23, penyerang yang digantung lapan bulan ekoran melanggar peraturan pertaruhan itu kekal pada sentuhan terbaik apabila merekodkan empat gol pada lima aksi terakhir musim lalu.

Bagaimanapun pengurus England ketika ini, Lee Carsley tidak menyenaraikan Toney dalam skuad England yang akan bermain di Liga Negara-Negara Eropah. – AGENSI

EPL: Toney beralih angin ke Arab Saudi

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button