Canelo Alvarez buat tuntutan RM639 juta

Canelo Alvarez buat tuntutan RM639 juta

Canelo Alvarez buat tuntutan RM639 juta
ALVAREZ sedia turun menentang Benavidez sekiranya tuntutannya untuk meraih bayaran yang diinginkan mampu dilunaskan oleh penganjur. – AFP

LAS VEGAS – Arena tinju global sekali lagi digegarkan dengan tuntutan terbaru bintang tinju kontroversi Mexico, Canelo Alvarez selepas dia menuntut bayaran sebanyak AS$200 juta (RM639.88 juta) untuk pertarungan mega menentang David Benavidez.

Permintaan itu disokong sepenuhnya oleh promoter tinju terkenal, Leonard Ellerbe yang percaya bahawa nilai Canelo di atas gelanggang sememangnya setimpal dengan jumlah tersebut selain populariti dan prestasi cemerlangnya yang tidak pernah menurun.

Canelo yang kini mempunyai rekod 61-2-2 dengan 39 knockout (KO) telah memenangi beberapa gelaran besar menjadikannya salah satu ikon sukan tinju.



Namun, tuntutan bayaran tinggi itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat dan pengkritik tinju selepas terdapat pertikaian sama ada Benavidez yang turut mencatatkan rekod cemerlang dengan 29 kemenangan tanpa kalah dengan 24 KO akan mendapat bayaran setimpal atau sebaliknya.

Ellerbe menegaskan bahawa dia yakin bahawa pertarungan antara Canelo dan Benavidez masih mampu menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi jika terdapat pelabur besar seperti dari Arab Saudi yang sanggup melabur AS$250 juta (RM799.81 juta) untuk merealisasikan pertarungan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




“Ia adalah pertarungan yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia dalam arena sukan ini. Dua jaguh tinju yang berada di kemuncak karier mereka bakal bertemu di atas gelanggang. Peminat mahu melihatnya dan saya yakin ia akan berlaku pada tahun depan.

“Dunia tinju telah mengalami perubahan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya dari segi jualan Pay-Per-View (PPV) yang tidak lagi sehebat era kegemilangan Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao,” kata Ellerbe.

Ellerbe turut menyatakan jika pertarungan antara Alvarez dan Benavidez menjadi kenyataan, ia berpotensi menjadi salah satu perlawanan terbesar dalam sejarah tinju moden kerana melibatkan pertembungan antara dua petinju hebat. – AGENSI

Canelo Alvarez buat tuntutan RM639 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button