JAIPk, polis bekerjasama tangani ajaran sesat Millah Abraham di Perak

Oleh – Syeikh Baran


JAIPk, polis bekerjasama tangani ajaran sesat Millah Abraham di Perak

Pihak berkuasa di negeri ini sedang bekerjasama untuk menangani ajaran sesat Millah Abraham yang didakwa bergerak di Perak.



Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pihaknya terlibat bersama dengan beberapa agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengatasi penyebaran ajaran tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan.

“Kes ini dalam siasatan. Kami sedang mengenalpasti pengikut-pengikutnya serta saya tidak boleh mendedahkannya secara terperinci,” katanya di sini hari ini.

Mengikut laporan media sebelum ini, penyebaran ajaran sesat Millah Abraham dipercayai meningkat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 di seluruh negara beberapa tahun lalu.



Menurut dakwaan ajaran sesat tersebut, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad telah berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam dan diganti dengan agama baharu iaitu Millah Ibraham.

Selain itu, mereka didakwa turut menggelarkan sesiapa yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham sebagai sesat, kafir, syirik dan wajib bertaubat dengan ajaran berkenaan.

Harith Fadzilah berkata, siasatan awal mendapati mereka yang terlibat dengan ajaran tersebut adalah kerana kurang pengetahuan agama Islam.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button