Lemas ‘terbenam’ 13 meter dalam laut

Oleh – Syeikh Baran


Lemas ‘terbenam’ 13 meter dalam laut

Seorang pemandu haulier yang hilang selepas terjatuh dalam laut bersama sebuah lori di dermaga Pelabuhan Barat di sini, ditemui lemas hari ini.



Mangsa dikenali Mohd. Hafiz Abdul Salam berusia 24 tahun ditemui kira-kira pukul 5 petang pada kedalaman 13 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, penemuan mangsa berjaya dilakukan pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Berdasarkan keterangan saksi menyatakan lori mangsa yang sedang parkir secara tiba-tiba telah melanggar batu penghadang dalam keadaan laju sebelum jatuh ke dalam laut.

“Semakan mendapati mangsa telah bekerja sejak Disember 2021 lalu,” katanya hari ini.



Beliau menjelaskan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pemandu treler dilaporkan hilang selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam laut dalam kejadian di dermaga Pelabuhan Barat, hari ini.

Mangsa berusia 24 tahun itu difahamkan akan menyambut kelahirannya pada Rabu ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button