PAS Mampu Tawan Sabah

PAS Mampu Tawan Sabah

PAS Mampu Tawan Sabah

 

Sebelum penulis menulis lebih lanjut, timbul persoalan kepada penulis, apakah PAS tidak menyambut Hari Kemerdekaan negara?

Dalam seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negara, PAS dilihat seperti tidak mengendahkannya.



Pada 31 Ogos yang lepas, PAS dilapurkan telah mengadakan Konvensyen PAS Sabah pada hari yang sama.

Dalam ucaptama di konvensyen tersebut, Presiden PAS, Hadi Awang, telah menzahirkan keyakinan beliau PAS mampu memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang.

Menurut Hadi Awang, ianya berdasarkan kepada kehadiran anak muda di Konvensyen PAS Sabah.

“PAS mesti memperkasakan kedudukan di Sabah.”



“Bagi melaksanakan perkara ini maka kita mesti menang di Sabah atau ada kerusi yang kita menangi.”

“Sama ada kerusi kita atau kita ajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama dengan kita.”

“Untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara kita sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing,” ujar beliau di akaun Facebook beliau.

Tambah beliau, pilihan raya umum yang lepas menunjukkan ramai kalangan ahli UMNO dan anak muda memberikan undi kepada PAS.



Ia membolehkan PAS dapat memerintah di empat buah negeri.

“Kita ada peluang lima tahun sekali bagi memilih kerajaan.”

“Beri peluang kepada PAS untuk memimpin kerajaan.”

“Kita mengharapkan perubahan yang telah berlaku kepada anak muda yang merupakan perubahan yang positif kepada Sabah,” ujar beliau lagi.



Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Bagi penulis, memanglah mana-mana parti politik akan cuba membuat perang saraf untuk mematahkan semangat parti lawan.

Tetapi biarlah berdasarkan realiti atau berpijak di bumi yang nyata.

Janganlah meletakkan harapan yang menggunung tingginya hingga ianya ditertawakan dan di anggap sebagai angan-angan Mat Jenin.

Untuk rekod, di Dewan Undangan Negeri Sabah, PAS hanya mempunyai seorang wakil.



Itu pun wakil PAS di Dewan Undangan Negeri Sabah adalah wakil yang dilantik dan bukannya wakil yang dipilih oleh rakyat.

PAS meletakkan beberapa calon di pilihan raya Sabah yang lepas, tetapi semuanya kalah.

Jadi mampukah PAS membentuk kerajaan Sabah untuk penggal yang akan datang?

 



PAS Mampu Tawan Sabah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button