Penantian tiga tahun berakhir juara GP Aragon

Penantian tiga tahun berakhir juara GP Aragon

Penantian tiga tahun berakhir juara GP Aragon
MARQUEZ ternyata berada dalam kelas tersendiri ketika menjuarai GP Aragon semalam. – AFP

ALCANIZ, Sepanyol – Juara enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez akhirnya menamatkan penantian kemenangan yang berlarutan selama tiga tahun dengan kejayaan sensasi pada Grand Prix (GP) Aragon di Litar Motorland semalam.

Bintang Ducati itu kembali ke podium tertinggi selepas menunggu selama 1,043 hari untuk memberikan kelegaan besar buat dirinya selepas mengharungi musim yang sukar sejak kali terakhir menjuarai podium GP pada 2021.

Marquez menunjukkan dominasi penuh sepanjang perlumbaan termasuk menjuarai perlumbaan sprint dengan margin kemenangan yang cukup ketara.



“Ia adalah hujung minggu yang sempurna. Dari awal lagi, saya merasakan sesuatu yang istimewa. Bahkan, pagi ini (semalam) ketika sesi pemanas badan, saya hampir tidak mahu menunggang, tetapi perasaan itu hilang saat saya melintasi garisan penamat.

“Nilai kemenangan ini sangat berbeza. Saya telah memberikan banyak perkara untuk sampai ke saat ini. Apabila saya melintasi garisan penamat dan melihat pasukan, saya mula memikirkan tentang orang di sekeliling yang membantu saya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




Sementara itu, Marquez mendakwa, juara dunia dua kali dari Ducati, Francesco Bagnaia terlalu optimis sehingga menjadi punca kemalangan membabitkan Alex Marquez pada lima pusingan terakhir perlumbaan tersebut.

Marquez secara terbuka menilai situasi tersebut tanpa menyalahkan mana-mana pihak, namun merasakan bahawa tindakan berani Bagnaia yang mengambil risiko besar sebenarnya telah merugikan dirinya sendiri.

Sebagai rekod, pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin kini mendahului carta keseluruhan dengan 299 mata, berkelebihan 23 mata ke atas Bagnaia di tempat kedua (276 mata), manakala Marquez di kedudukan ketiga (229 mata). – AGENSI

Penantian tiga tahun berakhir juara GP Aragon

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button