‘Scammer’ suruh gadai emas elak ditahan jual kosmetik tanpa kelulusan

Oleh – Syeikh Baran


‘Scammer’ suruh gadai emas elak ditahan jual kosmetik tanpa kelulusan

Seorang pembantu kedai berputih mata apabila kerugian RM106,400 selepas diperdaya kononnya menjual produk kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun pada 30 Ogos lalu.

Mangsa menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah platform e-dagang pada 29 Ogos lalu.

“Individu itu meminta mangsa membuat laporan polis kerana menjual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM.

“Mangsa diberitahu dia mempunyai satu waran tangkap atas namanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan kes dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut Raiz Mukhliz, disebabkan takut, mangsa memberikan maklumat peribadi selain diminta untuk memajak barang kemas yang berada dalam simpanannya.

Mangsa kemudian pergi ke tiga buah kedai pajak di sekitar daerah ini untuk memajak barang kemas dan memindahkan wang hasil pajakan ke dalam empat akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM106,400.

“Selepas membuat pembayaran, mangsa disuruh membuat bayaran tambahan. Mangsa yang curiga kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button