Suspek ditembak mati ada rekod jenayah berat, aktif samun di Kedah

Oleh – Syeikh Baran


Suspek ditembak mati ada rekod jenayah berat, aktif samun di Kedah

Suspek yang ditembak mati pasukan polis malam tadi, dalam kejadian di Jalan Bandar Bukit Beruntung, di sini, didapati aktif kes jenayah berat termasuk samun bersenjata.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih memburu rangkaian suspek yang masih bebas.

Jelas beliau, suspek seorang lelaki warga tempatan yang berusia 36 tahun terlibat aktif dengan kegiatan jenayah di Kedah.

“Suspek didapati terlibat kes samun termasuk samun dengan senjata api, curi dan dadah. Pihak polis masih menjejaki suspek yang masih bebas,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, di sini, malam tadi.



Kejadian pukul 9.33 malam itu berlaku selepas suspek enggan berhenti dan melepaskan tembakan ke arah pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pihak polis kemudian telah membalas beberapa tembakan dan suspek yang mempunyai 16 rekod kes jenayah dan dadah serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian ini diminta tampil ke balai polis atau berhubung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button