3 maut pesawat ringan terhempas atas rumah

3 maut pesawat ringan terhempas atas rumah

3 maut pesawat ringan terhempas atas rumah
Tayar pesawat ditemui di celah-celah serpihan pesawat. – Facebook

FAIRVIEW, OREGON – Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di atas deretan rumah di negeri Oregon, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Pihak berkuasa berkata, pesawat Cessna enjin berkembar itu membawa dua penumpang dan kedua-duanya terkorban. Seorang lagi mangsa merupakan penghuni salah sebuah rumah, di mana pesawat itu terhempas.

“Beberapa unit rumah turut terbakar dalam nahas itu. Ia menyebabkan beberapa keluarga kehilangan tempat tinggal dan mencederakan sebilangan yang lain,” katanya.



Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) di bandar Fairview yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Troutdale.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden itu bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




“Semasa kejadian, pesawat tersebut melanggar tiang elektrik atau menara, menyebabkan ia terjunam sebelum merempuh sebuah rumah. Struktur itu juga terbakar,” kata Timbalan Syerif, John Plock.

Kerosakan akibat nahas itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus seketika di kawasan terbabit. – AGENSI

3 maut pesawat ringan terhempas atas rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button