AS rampas pesawat Presiden Venezuela

AS rampas pesawat Presiden Venezuela

AS rampas pesawat Presiden Venezuela
PESAWAT Presiden Venezuela Nicolas Maduro dirampas oleh penguat kuasa AS. FOTO AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) merampas pesawat milik Presiden Venezuela Nicolas Maduro di Republik Dominika atas alasan melanggar sekatan, lapor Xinhua memetik kenyataan Jabatan Kehakiman AS pada Isnin.

“Pagi ini, Jabatan Kehakiman merampas sebuah pesawat yang didakwa dibeli secara haram yang berharga AS$13 juta melalui syarikat palsu dan diseludup keluar dari AS untuk kegunaan Nicolas Maduro dan kroninya.

“Jabatan ini akan terus memburu mereka yang melanggar sekatan dan peraturan eksport serta menghalang mereka daripada menggunakan sumber AS untuk mengancam keselamatan AS,” kata Peguam Negara Merrick B Garland.



Pesawat jenis Dassault Falcon 900EX itu kemudiannya dipindahkan ke selatan Florida atas permintaan AS.

Insiden ini berlaku lebih sebulan selepas pemilihan semula Maduro, menambah ketegangan hubungan antara AS dan Venezuela.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Harakahdaily Siar Berita Palsu?




Washington melaksanakan sekatan ekonomi dan “diplomatic isolation” terhadap kerajaan Maduro sebagai sokongan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Venezuela.

Perintah Presiden atau Executive Order yang dikeluarkan pada Ogos 2019 melarang rakyat AS daripada berurusan dengan individu yang bertindak secara langsung atau tidak langsung bagi pihak Kerajaan Venezuela, menurut Jabatan Kehakiman.

Pada Mac 2020, Maduro dan pembantu-pembantunya dituduh terbabit dalam “narco-terorism”, dengan dakwaan berkomplot bersama FARC (Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia), menyebabkan sejumlah besar kokain diseludup masuk ke AS.

Selain itu, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran sehingga AS$15 juta bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan atau sabitan terhadap Maduro.



AS rampas pesawat Presiden Venezuela


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button