Baby Shima Kritik Pendakwah Bebas Yang Berdiam Diri Isu Da’i Syed

Baby Shima Kritik Pendakwah Bebas Yang Berdiam Diri Isu Da’i Syed

Baby Shima Kritik Pendakwah Bebas Yang Berdiam Diri Isu Da’i Syed

Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap segelintir pendakwah bebas yang memilih untuk berdiam diri apabila ada kes melibatkan rakan mereka, seperti Da’i Syed.

Keluhan Baby Shima ini datang sebagai respon kepada kenyataan Da’i Fuad yang bersimpati dengan nasib rakannya, Da’i Syed, yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan merogol.



Amboi, kena geng sendiri semua pakat suruh diam. Bila geng dia buat hal, semua senyap sunyi masuk gua, buat-buat tak nampak. Tak ada surat terbuka? Tak ada doa bala? Ada yang siap jatuh hukum neraka terus.- Tulis Baby Shima.

Dia juga menambah bahawa jika dia atau selebriti lain melakukan kesilapan, pendakwah bebas akan cepat-cepat membuat konten teguran dan dakwah.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan keluhan Baby Shima, namun ada juga yang merasakan Da’i Syed sudah menerima hukuman yang sewajarnya.



Terdahulu, Da’i Fuad menyatakan bahawa air matanya hampir gugur ketika mendengar keputusan mahkamah yang membuktikan Da’i Syed bersalah memperkosa wanita lima tahun lalu.

Baby Shima Kritik Pendakwah Bebas Yang Berdiam Diri Isu Da’i Syed

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button