BNM mungkin kekalkan OPR pada 3.0 peratus hingga 2025 – Moody’s Analytics
BNM mungkin kekalkan OPR pada 3.0 peratus hingga 2025 – Moody’s Analytics
Kuala Lumpur: Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat minggu ini.
Moody’s Analytics menjelaskan memandangkan OPR itu masih berada di bawah paras yang dicatatkan pada awal 2019, BNM dijangkakan mengekalkan kadar tersebut sehingga 2025.
“Bank pusat Malaysia akan memaklumkan kemas kini maklumat mengenai penetapan dasar monetarinya pada Khamis.
“Walaupun bank pusat New Zealand dan Filipina telah mengurangkan kadar faedah pada beberapa minggu lepas namun, BNM mungkin mengekalkan OPR pada 3.0 peratus sehingga 2025,” menurutnya dalam Sorotan & Gambaran Keseluruhan Ekonomi Mingguan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM dijadualkan pada 4 dan 5 September ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penganalisa Politik Akui Najib Masih Berpengaruh
- Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MAS, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
- OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku
Pada 2019, OPR adalah 3.25 peratus sehingga Mac, sebelum diturunkan lagi kepada 3.00 peratus sehingga Januari 2020.
Kenaikan kadar faedah di Malaysia tidak agresif berbanding di negara lain di rantau ini dan kadar penanda aras di negara ini masih lebih rendah berbanding pada awal 2019 (3.25 peratus), tambahnya.
“Selepas menjadi antara mata wang yang paling teruk prestasinya di Asia tahun lepas, ringgt kini meningkat kukuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
“BNM mungkin mahu mengekalkan aliran itu dengan kadar faedah yang stabil,” jelas Moody’s Analytics.
Standard Chartered juga berkongsi pandangan yang sama berkata BNM dijangka mengekalkan kadar itu bagi baki tempoh tahun ini, dengan risiko lebih cenderung kepada kenaikan kadar berbanding pengurangan.
“Kami akan meneliti sebarang perubahan ke atas prospek inflasi oleh BNM,” jelasnya dalam nota penyelidikan globalnya.
Standard Chartered menjelaskan BNM juga berkemungkinan mengekalkan pandangannya iaitu pergerakan ringgit didorong oleh faktor luaran.
Kebimbangan mengenai mata wang tempatan telah reda sejak beberapa mesyuarat lepas dalam keadaan ringgit mencapai prestasi lebih baik sejak akhir Februari.
“Penilaian ringgit oleh BNM berubah daripada ‘terkurang nilai’ pada Mac kepada ‘tidak mencerminkan asas’ pada Mei, kepada menyatakan bahawa ‘ia didorong oleh faktor luaran pada Julai’,” tambahnya.
BNM mungkin kekalkan OPR pada 3.0 peratus hingga 2025 – Moody’s Analytics
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ismail Sabri tIada masa depan dalam UMNO .